Baru-baru ni banyak betul video yang kasi tunjuk perempuan bergaduh ni. Sebab apa, saya malas mo ambil tau. Bukan apa, agak-agak la diri tu perempuan. Kalau setakat gaduh pasal boyfriend, Penulis ni single lagi. Banyak lagi lelaki lain.Lelaki tu pula, macam best pula dia rasa kalau ada perempuan gaduh dengan dia. Kalau ya pun Kasanova, jangan la semua girlfriend-girlfriend dia tu tau. Cuba tingu Penulis. Banyak girlfriend tapi hidup tenang. Sebabnya girlfriend-girlfriend Penulis tak kenal antara satu sama lain.
Berbalik kepada kisah pergaduhan tadi, akhirnya semua yang bergaduh tu ditahan polis. Viral suda kan, macam mana lagi. Kalau suda kes polis ni susah sikit masa depan. Tapi terpulang la kepada tuan punya badan. Harap-harap lelaki yang direbutkan tu kaya la. Kalau setakat muka hensem tapi poket kering, mati kebulur juga.
Pasal perempuan gaduh ni, ingat pula cerita lucu member. Cerita dia macam ni:
BF : Hello, polis?
Polis : Ya, balai polis di sini.
BF : Encik, saya ada dua teman wanita yang sedang gaduh rebutkan saya ni.
Polis : Ok. Jadi apa masalahnya?
BF : Teman wanita saya yang hodoh tu macam mo menang suda. Tolong hentikan sebelum dia menang.
hahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan